10 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!
Cara Kuruskan Badan
Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.
Lelaki vs Perempuan
Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya.
Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat. Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.
1. Setkan minda untuk kurus

2. Pelajari ilmu tentang kalori

Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
3. Makan dalam kuantiti yang kecil

4. Elakkan makan waktu malam

5. Elakkan makanan dan minuman bergula

6. Tukar kepada makanan yang rendah lemak

7. Banyakkan makan buah

Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. Banyakkan berjalan (dan berjogging)

Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.
10. Beri 100% komitmen pada tujuan asal ‘Nak kurus’

Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.
Akhir kata
Nah, tidak perlu apa-apa produk bukan? Semuanya bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri, siapa lagi?Bayarlah RM10,000 sebulan pada Personal Trainer di gym anda, kalau minda tidak fokus pada kuruskan badan, sukar untuk anda mencapai impian berat badan idaman. Usah percaya pil atau ubat untuk cepat kurus. Jangan cuba-cuba makan pil kurus seperti Amphetamine kerana ia membahayakan kesihatan.
Cara paling mudah dan efektif ialah: Ubah Cara Hidup atau ‘Lifestyle’.
Selamat mencuba!.
Carian Yang Berkaitan:
- cara mengecilkan punggung
- cara kecilkan lengan
- cara kecilkan punggung
- senaman kecilkan lengan
- cara kuruskan peha
- kuruskan peha
- kuruskan lengan
- cara kecilkan paha
- senaman kecilkan paha
- kecilkan paha
No comments:
Post a Comment