Cara MemAssalamualaikum. Didoakan semoga anda semua berada dalam rahmat Allah.
Sebelum saya mulakan entri ni, saya nak tunjukkan video testimoni kisah
benar saya sendiri menggunakan set kehamilan dan set berpantang Shaklee.
Moga bermanfaat.buat Kar
Saya pernah beberapa kali cuba buat karipap pusing tapi tak menjadi.
Beberapa tahun dulu saya ada tengok kawan buat kat rumah dia dan
tunjukkan caranya tapi resepi dia main agak-agak saja. Dan bila saya
balik buat kat rumah tak menjadi pula. Rasa masa tengok tu macam senang
dah.
Lepas tu saya ada buat lagi, saya tak ingat mana saya ambik resepinya.
Pun masih tak menjadi karipap pusing saya. Alhamdulillah, beberapa hari
lepas saya terasa nak buat lagi karipap pusing. Kali ni memang bertekad
kalau buat mesti jadi. Saya pun google resepi karipap pusing ni. Memang
jumpa banyak blog yang kongsikan resepi ni tapi saya ambik resepi di
blog Azlita Masam Manis. Alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Ok, ini saya kongsikan resepi dan langkah membuatnya ya.
Bahan-bahan Inti:
Inti Sardin (Ini resepi saya - anda boleh buat apa-apa inti ya)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji kentang (di potong dadu)
1 sudu cili kering kisar (kalau tak nak pedas tak letak pun ok)
Sedikit sos cili thai atau sos cili biasa
1 tin kecil Sardin
Gula/garam secukup rasa
Sedikit air dan minyak
Cara Membuat Inti:
1) Panaskan minyak, tumis bawang besar dan kacau seketika.
2) Kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu, kacau seketika.
3) Masukkan pula cili kering yang dah dikisar bersama sos cili dan kacau lagi.
4) Seterusnya masukkan sedikit sahaja air, kacau dan biarkan merenih
seketika. Tujuannya adalah untuk melembutkan sedikit kentang tadi.
5) Masukkan sardin yang telah dilenyekkan ikannya, bersama gula dan garam secukup rasa.
6) Kacau dan biarkan seketika sebelum dimatikan api. pastikan air jangan terlalu banyak sebab nanti berair pula inti karipap ni.
Bahan-Bahan Doh:
Doh A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar margerin
ipap Pusing Rangup dan Sedap Langkah Demi Langkah
![]() |
Doh A |
Caranya:
Satukan semua bahan untuk doh A dalam satu bekas. Adun sebati sehingga
menjadi seperti dalam gambar. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama
banyak. Boleh gunakan penimbang jika nakkan sukatan yang sama dan
bulatkan doh A tersebut.
Doh B:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung (minyak biasa pun boleh)
Garam secukup rasa (1 sudu kecil je)
1/2 - 1 cawan air (saya guna dalam 1/2 cawan je), tuang sikit-sikit waktu nak adun doh.
![]() |
Doh B |
Caranya:
Masukkan tepung ke dalam bekas yang tahan panas. Buatkan lubang di
tengah-tengah seperti dalam gambar. Panaskan minyak tadi, setelah panas
tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi di bahagian tengah yang di
lubangkan. AWAS SEWAKTU MENGANGKAT DAN MENUANG MINYAK SEBAB IA PANAS. Gaul adunan
dengan menggunakan senduk hingga sebati dan rata. Kemudian gunakan
tangan dan gaul lagi hingga menjadi seperti serbuk roti.
Sementara itu, sebatikan garam dalam air, tuangkan air sedikit dahulu ke
dalam campuran tepung dan minyak tadi. Uli kesemuanya hingga tidak
melekat di tangan. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama
banyak.
![]() |
Cara satukan doh A dan doh B |
CARA MEMBENTUK KARIPAP PUSING:
Ambil 1 bahagian Doh B, canai dan leperkan.Kemudian ambil 1 bahagian doh
A dan letakkan di bahagian tengahnya. Bungkus dan kemaskan biar jadi
bulat seperti dalam gambar di atas. Ulang langkah ini sehingga habis 4
bahagian doh tadi.
Ambil 1 bahagian doh yang dah disatukan tadi, canai dengan ketebalan
sederhana kemudian gulung membentuk seperti silinder (seperti dalam
gambar). Kemudian canai lagi dengan ketebalan sederhana juga dan gulung
lagi seperti dalam gambar. Ulang langkah ini sehingga habis 4 doh.
Rehatkan doh selama 10-15 minit untuk sebatikan ia.
Ambil 1 bahagian doh yang berbentuk silinder tadi, potong kepada 6
bahagian. Ambil sekeping doh yang dah dipotong tadi, canaikan tetapi
jangan terlampau nipis jangan terlalu tebal. Kalau nipis susah nak
kendalikan doh waktu nak masukkan inti dan kelim dan jika tebal sangat
tajut tak masak tenagh pula nanti. Masukkan inti dan tutup kemudian
kelim tepinya dengan kemas. Ulang lah proses ini sehingga habis doh
anda.
Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api jangan
terlampau besar. Jika api besar dikuatiri karipap cepat sangat hangit
kulitnya tetapi bahagian dalam belum masak. Jika api terlalu kecil dan
minyak belum panas, karipap akan 'makan minyak' pula nanti. Bila dah
keperangan warnanya, angkat dan toskan minyaknya.
![]() |
Inilah hasilnya.. |
Jika tidak mahu digoreng lagi, masukkan ke dalam bekas susun karipap
anda. Lapiskan dengan plastik dan susun sehingga habis. Boleh simpan
terus dalam peti sejuk, keluarkan esoknya dan terus goreng.
Karipap ini sangat rangup dan sedap walau ketika dah sejuk. Anda mesti
cuba buat, anak-anak saya sangat sukakannya. Semoga perkongsian resepi
ini bermanfaat untuk puan-puan. Selamat mencuba ya! Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment