Bagi
saya pula, kenangan kali pertama membuat kek coklat kukus memang
menakjubkan.hehe.Saya bukanlah pakar "membaking" kek segala bagai
ni.Paling teruk, saya mula memberanikan diri belajar membuat kek coklat
ni kerana permintaan dan desakan anak-anak.Maknanya, hanya setelah
berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang sudah pandai
"demand".huh.teruk sangat ni.
Mengenangkan
permintaan si anak, saya mulai mencari resepi-resepi berkaitan kek
coklat kukus di internet. Mak ai, begitu banyak saya temui cadangan
resepi untuk kek coklat kukus.Saya akur akan kelemahan sendiri. Jadi,
saya gagahkan diri untuk mencari resepi kek coklat kukus yang
menggunakan sukatan cawan.Agak-agak jumpa ke? heheh.Hendak seribu daya
kan? Akhirnya, saya temui resepi kek coklat kukus yang disediakan dengan menggunakan sukatan cawan.
Saya
catat resepi tersebut dalam buku resepi khas yang saya sudah uji
masakannya.Selepas itu, saya pun mula menguji kemampuan saya menyediakan
kek coklat kukus yang moist dengan berdasarkan resepi sukatan cawan
itu.
Saya ada juga rujuk panduan dekat e-book ini : Panduan Buat Coklat untuk memahami cara sebenar dan teknik yang betul buat coklat.Cubalah..
Saya ada juga rujuk panduan dekat e-book ini : Panduan Buat Coklat untuk memahami cara sebenar dan teknik yang betul buat coklat.Cubalah..
![]() |
Contoh sukatan cawan untuk buat kek |
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam.
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )
Anda boleh lihat perkongsian saya di sini : Cara Buat Topping yang betul dan Sedap- Saya ada kongsikan beberapa cara dan teknik untuk buat topping yang betul dan mengikut pilihan kita sendiri.
Sangat
benar apabila ada pepatah menyebut, kejayaan itu harus dimulai dengan
langkah yang pertama. Siapa sangka, daripada niat asal belajar membuat
kek coklat kerana ingin penuhi permintaan anak-anak, kini saya sudah
mulai yakin membuat kek coklat sendiri sehingga dapat menjamu tetamu
yang berrtandang dengan kek coklat air tangan sendiri.
Sangat
berbaloi rasanya apabila melihat anak-anak menjilat jari dan mengulang
makan kek coklat kukus buatan saya.Anda bagaimana? Penggemar kek coklat
kukus tapi tidak tahu membuatnya? Cubalah resepi yang saya kongsikan
ini..:)
Yang ini pula resepi kek coklat Moist sukatan cawan yang pernah saya minta daripada seorang Blogger Doctor dan hebat juga dalam membuat kek:)

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
1 cawan Serbuk Koko*
1 tin Susu Isian Cair*
1 cawan Minyak Masak Sayuran*
1 cawan Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih.
1 cawan gula kastor*
11/4 cawan tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder
Resipi chocolate ganache
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
sedikit butter
sedikit susu segar/cair secukupnya
kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat.
Belajar Buat Cup cakes Dari Rumah
Alang-alang dah tahu buat kek coklat moist, saya ingin kongsikan dengan anda pula cara buat cup cake coklat kukus.Ianya sangat mudah!Hanya perlu belajar sendiri di rumah dengan bantuan e-book dan CD yang dibekalkan.Saya dapati cara ini sangat jimat dan sesuai untuk suri rumah yang berminat pula untuk menjadikan cup cake ini sebagai perniagaan sampingan dari rumah.
Jika anda betul-betul berminat dan ingin tahu mengenai cara buat bisnes cup cake yang betul dari rumah, saya galakkan anda segera klik pautan ini.Jika lambat, saya khuatir anda terlepas memiliki peluang belajar buat bisnes cup cake dengan cara yang mudah dan betul ini.
Yang ini pula, cup cake coklat moist yang saya buat sendiri di rumah.Maklumlah, cuti hujung minggu dan kami tidak kemana, anak-anak pula inginkan saya buat cup cake.Saya pun tengah dalam mood rajin membaking, so inilah hasilnya:)
![]() |
memang puas hati bila dapat buat cup cake coklat moist sendiri untuk anak-anak kann.. |
![]() |
rasa kek ini memang moist dan sedap.Anak-anak saya pula happy sebab dapat
ulang makan banyak kali dalam bekas cup comel tu..
|
p/s: Memandangkan ada yang bertanya dalam ruangan komen akan masalah dalam mengukus atau membakar kek, maka saya usahakan untuk mendapatkan jawapan apakah punca-punca kek coklat kukus anda tidak menjadi seperti yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment