Menjadi perempuan yang baik ; muslimah solehah
Menjadi seorang perempuan itu indah , mudah ke syurga sebenarnya. Asal
saja buat semua yang Allah suruh , meninggalkan laranganNya dan
berterusan berbuat dan berniat baik , insyaAllah dipermudahkan dunia
akhirat. Perkara yang penting di sini adalah mengekalkan semua perkara
baik yang sudah mula dibuat. InsyaAllah semoga semua dipermudah.
Teruslah bersemangat .
Firman Allah SWT : Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung. (Surah an-Nisa ayat-13).
*Menjaga maruah diri . (Jaga kehormatan, kemana-mana atas izin keluarga
, kekalkan sifat pemalu, terutama dengan lelaki bukan mahram )
*Menutup aurat ( wajib tutup juga di luar rumah, jangan pakai terlalu nipis dan sendat )
* Tabarruj (Jangan berlebihan dalam bergaya dan berwangian, jangan terlalu mahu menonjol dan menjadi tarikan)
* Akhlak (Bersopan santun dalam cara bercakap, makan, duduk , berjalan
dan menghormati orang yang lebih tua, dan orang lain) , tidak
terjerit-jerit dan ketawa kuat-kuat. serta menjaga percakapan.
*Pergaulan ( Jangan terlalu bebas berchat dan mesej di FB dengan lelaki
yang bukan mahram , jangan bersalaman dan membuka aurat dengan lelaki ,
dan janganlah tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram )
* Aktiviti Luar (Jangan pergi ke tempat yang bukan-bukan atau dengan
kawan dan orang yang buruk sikapnya, serta keluar biar dengan mahram dan
berkumpulan )
* Keselamatan diri dan tempat tinggal (Jaga barang peribadi, lawan dan
buat tindakan sehabis baik jika dalam bahaya atau diancam, jangan
berjalan di tempat sunyi dan jangan keluar dengan orang yang tidak
dipercayai , kunci rumah, baik dengan jiran dan layan tetamu dengan baik
)
*Ibadah (Jangan mudah tinggal solat dan banyakkanlah amalan sunat)
*Kesihatan dan pemakanan ( Jangan merokok, minum arak dan mengambil
dadah , elakkan dari terlalu banyak makan makanan ringan dan amalkan
hidup sihat, elak penyakit dan obesiti )
*Kemahiran (Sibukkan diri dengan hobi bermanfaat, tambahkan ilmu dalam
ilmu teknologi, bersukan, mengaji al-quran dan bermasyarakat )
Sekian , perkongsian dari sebuah majalah ni. Moga memberi manfaat .
Sambil tu boleh dengarkan lagu daripada Nazrey , Muslimah ini , best !:
Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2014/09/menjadi-perempuan-yang-baik-muslimah.html#ixzz46oEqaLMK
No comments:
Post a Comment